Khamis, 20 Ogos 2009

CERITA MIMPI

Salam buat semua,

Cerita ini cerita benar.
Seorang kawan baru balik bercuti dari pantai timur.
Ceritanya begini. Sebelum ke chalet yang ditempah oleh adiknya, kawan kita menghadapi masalah dalam perjalanan. Mereka semua pun sampai lewat malam ke chalet yang ditempah tu. Apabila sampai je, punggah barang yang patut, lepas tu berehat dan tidur.
Tahu apa masalahnya? Besok pagi bila nak solat subuh, tak tahu arah kiblat. Nak tanya orang lain, semuanya belum bangun. Tuan chalet pun tak bagi tahu arahnya malam tadi. Sebenarnya salah mereka sebab taktanya masa ambil kunci.
Nak jadi cerita, masa kawan kita ni tidur, kebetulan dia pun ada mimpi pasal arah kiblat. Dia pun bertawakal. Tapi kata orang kalau mimpi - benda tu jadi terbalik. Jadi dia pun ikut arah yang bertentangan dengan apa yang dimimpikannya tu.
Nak tahu apa terjadi bila matahari terbit?
Alhamdulillah, nampaknya arah kiblat tu betul. Hanya dia dan isterinya saje yang tahu perkara tu.
Kesimpulannya : kalau kita niat buat benda baik, Tuhan akan tunjukkan jalannya. Pasal mimpi pula, mungkin kebetulan. Tetapi terpulang kepada anda semua menilainya atau nak percaya cerita kawan kita tu.
Jumpa lagi.

Rabu, 19 Ogos 2009

PUISI PERTAMA SAYA

SEJUTA RESAH - 1993

Resah
mengapakah kau
sering mendampingiku
saban hari tanpa henti
tanpa simpati.
Ketika aku ingin kau pergi
kau semakin menghampiri.
Aku terus gelisah
dihimpit sejuta resah.

Selasa, 18 Ogos 2009

SINOPSIS NOVEL REMAJA: ROMZI Vs MAMAT

Salam buat semua..
Novel ini adalah sebuah novel remaja. Protagonisnya adalah Romzi Daud, manakala antagonisnya adalah Mamat Moin. Watak2 lain dalam novel ini adalah rakan karib Romzi, Ali dan lain-lainnya.
Bermula dengan masalah remeh, Romzi akhirnya terjebak dalam siri ‘peperangan’ di Kolej Aksara, Universiti Teknologi Pertama. Daripada masalah komputer itu, dia mulai mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh pelajar lain sebelum ini. Rakan sebiliknya Ali, pelajar berpengaruh Mamat, serta pelajar-pelajar lain juga akhirnya terjebak dalam ‘Perang Siber’ yang kian menular. Apa pula berita paling hangat pada abad ke-21 dan kesudahan ‘lakonan’ tiga watak utama dalam cerita ini? Dapatkan novel ini untuk kesudahannya.
Novel ini sebenarnya terhasil daripada cerpen saya yang bertajuk perang siber. Cerpen itu tidak pernah diterbitkan manakala novel ini adalah novel pertama saya.
Harap pembaca memberikan sokongan atas kelahiran anak sulung saya ini.
.Mungkin saya akan bercerita mengenai cerpen pertama, novel dewasa pertama dan juga puisi pertama yang pernah saya hasilkan dahulu.
Jumpa lagi.

Jumaat, 14 Ogos 2009

MENGAPA BOTAK?

Salam buat semua.
"Hai, kenapa tiba-tiba ubah imej jadi botak?"
"Bayar nazar ke?"
"Awak ni mesti baru balik dari haji,betul tak?"
Itu perkataan pertama yang saya dengar bila muncul di khalayak ramai dengan keadaan kepala yang tidak berambut.
Ceritanya begini.
Arwah atuk pernah memakai sejenis minyak rambut -zamzam namanya. Sampai umurnya 70++ rambutnya masih hitam. Arwah yang suruh saya pakai. Saya satu-satunya cucu yang ikut cara pemakaian minyak rambutnya. Memang okey tapi satu masalah - kelemumur. Memang rambut hitam tapi kelemumur tak pernah lekang. Hampir berbelas tahun juga saya pakai.
Itu satu.
Keduanya, pada awal tahun ini saya ditimpa masalah yang amat berat. Saya pun bernazar - kalau aku dapat selesaikan masalah ni, aku nazar nak botakkan kepala.
Alhamdulillah - hajat saya dimakbulkan. Mula-mula memang janggal tapi lama kelamaan banyak juga faedahnya.
Nak bersiap2 pun cepat.
Kelemumur hilang.
Tak payah pakai minyak rambut.
Imej pun nampak okey juga.
Kenapa, tak percaya? Cubalah..(Untuk golongan lelaki saje tau).
Jumpa lagi.

Khamis, 13 Ogos 2009

NAK JADI SIHAT - JANGAN CARI ALASAN

Salam buat semua.
Hampir dua tahun yang lalu saya terlibat dengan kemalangan.
Mengalami kecederaan kepala dan pengsan untuk beberapa minit.
Perkataan pertama yang muncul apabila sedar daripada pengsan -"Alhamdulillah aku masih hidup lagi."
Trauma daripada kemalangan masih ada. Kesannya juga masih bersisa sampai ke hari ini.
"Awak kena lawan penyakit. Untuk jadi sihat bukan senang. Kalau tak boleh berjoging, cari cara lain." itu kata doktor.
Beberapa bulan yang lepas saya membeli sebuah basikal - 2nd hand, melalui lelongan di internet.
Mulai hari itu, saya tidak mencari alasan lagi.
"Kecederaan kepala awak tu melibatkan gegaran yang mencederakan saraf di kepala. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan gegaran kepada kepala."
Dengan berbasikal - saya masih dapat mengeluarkan peluh. Badan saya semakin sihat walaupun tidak akan sama macam hari semalam.
Jadi, kalau nak jadi sihat - jangan mencari alasan. Betul tak?

Rabu, 12 Ogos 2009

LAHIRNYA ANAK SULUNG

Salam kepada semua.
Beberapa hari yang lepas saya dimaklumkan bahawa novel awal remaja saya yang pertama bakal diterbitkan. Apabila sahaja membaca di laman web, wahh! Memang benarlah penantian itu satu penyeksaan tetapi ianya memang berbaloi. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita saya untuk memiliki buku sendiri.
Terima kasih kepada pihak Sykt KD dan rakan-rakan penulis, sifu dan keluarga yang tidak henti-henti memberikan sokongan.